Bangkitnya manusia tergantung pada pemikirannya tentang hidup
1),
alam semesta, dan manusia, serta hubungan ketiganya dengan Zat yang ada
sebelum alam kehidupan dan alam yang ada sesudah kehidupan dunia. Oleh
kerana itu, harus ada perubahan yang mendasar dan menyeluruh terhadap
pemikiran manusia dewasa ini, untuk kemudian diganti dengan pemikiran
lain agar ia mampu bangkit. Sebab, pemikiranlah yang membentuk mafahim
2)
terhadap segala sesuatu serta yang memperkuatnya. Selain itu, manusia
selalu mengatur tingkah lakunya di dalam kehidupan ini sesuai dengan
mafahim-nya terhadap kehidupan. Sebagai contoh, mafahim seseorang
terhadap orang yang dicintainya akan membentuk perilaku terhadap orang
tersebut, yang nyata-nyata berlawanan terhadap orang lain yang
dibencinya, dimana ia memiliki mafahim kebencian terhadapnya. Begitu
juga akan berbeza terhadap orang yang sama sekali tidak dikenalnya,
dimana ia tidak memiliki mafhum apapun terhadap orang tersebut.
Demikianlah, tingkah laku manusia selalu berkaitan erat dengan mafahim
yang dimilikinya.
Maka dari itu, apabila kita hendak mengubah
tingkah laku manusia yang rendah menjadi luhur, tidak ada jalan lain
kecuali harus mengubah mafhum-nya terlebih dahulu. Dalam hal ini, Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
Satu-satunya jalan untuk mengubah mafahim seseorang adalah dengan mewujudkan suatu pemikiran tentang kehidupan dunia sehingga dapat terwujud mafahim yang benar akan kehidupan tersebut pada dirinya. Namun, pemikiran seperti ini tidak akan melekat erat dan memberikan hasil yang bererti, kecuali jika terbentuk dalam dirinya pemikiran tentang alam semesta, manusia, dan hidup; tentang Zat yang ada sebelum kehidupan dunia dan alam yang ada sesudahnya; disamping juga keterkaitan kehidupan dunia dengan Zat yang ada sebelumnya dan alam yang ada sesudahnya. Semua itu dapat dicapai dengan memberikan kepada manusia pemikiran menyeluruh dan sempurna tentang apa yang ada di balik ketiga unsur utama tadi. Sebab, pemikiran menyeluruh dan sempurna seperti ini merupakan landasan berfikir (al-qa’idatul fikriyah) yang dapat melahirkan seluruh pemikiran cabang tentang kehidupan dunia. Memberikan pemikiran yang menyeluruh mengenai ketiga unsur tadi merupakan pemecahan al-uqdatul kubra
3) Pada diri manusia. Apabila al-uqdatul kubra
ini diurai, maka terurailah berbagai permasalahan lainnya, kerana
seluruh masalah kehidupan pada dasarnya merupakan cabang dari al-uqdatul kubra
tadi. Namun demikian, pemecahan tersebut tidak akan membawa kita
kepada kebangkitan yang benar, kecuali apabila pemecahan itu sendiri
adalah benar, iaitu pemecahan yang sesuai dengan fitrah manusia,
memuaskan akal, dan memberikan ketenangan hati.
Pemecahan yang benar itu tidak akan dapat ditempuh kecuali dengan al-fikrul mustanir
--iaitu pemikiran yang sangat dalam, yang mencakup hakikat segala
sesuatu, termasuk semua hal yang berhubungan dengannya-- tentang alam
semesta, manusia, dan hidup. Bagi mereka yang menghendaki kebangkitan
dan menginginkan kehidupannya berada pada jalan yang mulia, mahu tidak
mahu terlebih dahulu harus memecahkan al-uqdatul kubra
ini dengan benar. Caranya, melalui al-fikrul mustanir tadi. Pemecahan
inilah yang menghasilkan aqidah, sekaligus menjadi landasan berfikir
yang melahirkan pemikiran-pemikiran cabang tentang perilaku manusia di
dunia ini serta peraturan-peraturannya.
Islam telah menangani al-uqdatul kubra
ini, serta telah dipecahkan untuk manusia dengan cara yang sesuai
dengan fitrah, memuaskan akal, dan memberikan ketenangan jiwa.
Ditetapkannya pula bahawa untuk memeluk agama Islam tergantung
sepenuhnya pada pengakuan terhadap pemecahan ini, iaitu pengakuan yang
betul-betul muncul dari akal. Oleh sebab itu, Islam dibangun di atas
satu dasar, iaitu aqidah. Aqidah ini menjelaskan bahawa di balik alam
semesta, manusia, dan hidup, terdapat Pencipta (Al-Khaliq) yang telah meciptakan ketiganya, serta telah meciptakan segala sesuatu yang lainnya. Dialah Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Bahawasanya Pencipta telah menciptakan segala sesuatu dari tidak ada
menjadi ada. Ia bersifat wajibul wujud, wajib adanya, sebab kalau tidak
demikian, bererti Ia tidak mampu menjadi Khaliq.
Ia bukanlah makhluk, kerana sifat-Nya sebagai Pencipta memastikan
bahawa diri-Nya bukan makhluk. Dipastikan pula bahawa Ia mutlak
adanya, kerana segala sesuatu menyandarkan wujud atau kewujudannya
kepada diri-Nya; sementara Ia tidak bersandar kepada apapun.
Bukti bahawa segala sesuatu mempastikan adanya Pencipta yang menciptakannya dapat diterangkan sebagai berikut: bahawa segala sesuatu yang dapat dijangkau oleh akal terbahagi dalam tiga unsur, iaitu manusia, alam semesta, dan hidup. Ketiga unsur ini bersifat terbatas, lemah, serba kurang, dan saling memerlukan satu dengan yang lain. Misalnya manusia. Manusia terbatas sifatnya, kerana ia tumbuh dan berkembang sampai pada batas tertentu yang tidak dapat dilampuinya lagi. Jadi, amat jelas bahawa manusia bersifat terbatas. Begitu pula halnya dengan hidup, bersifat terbatas, kerana penampakannya bersifat individual. Apa yang kita saksikan selalu menunjukkan bahawa hidup ini berakhir pada satu individu sahaja. Dengan demikian, jelas bahawa hidup itu bersifat terbatas. Alam semesta pun demikian, memiliki sifat terbatas. Sebab, alam semesta merupakan kumpulan dari benda-benda angkasa, yang setiap bendanya memiliki keterbatasan. Sementara kumpulan segala sesuatu yang terbatas, tentu terbatas pula sifatnya. Jadi, alam semesta pun bersifat terbatas. Dengan demikian jelaslah bagi kita bahawa manusia, hidup, dan alam semesta, ketiganya bersifat terbatas.
Apabila kita melihat kepada segala sesuatu yang bersifat terbatas, akan kita simpulkan bahawa semuanya tidak azali. Sebab bila bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), tentu tidak mempunyai keterbatasan. Dengan demikian jelaslah bahawa segala yang terbatas pasti diciptakan oleh ''sesuatu yang lain''. ''Sesuatu yang lain'' inilah yang disebut Al-Khaliq. Dialah yang menciptakan manusia, hidup, dan alam semesta.
Dalam menentukan keberadaan Pencipta ini akan kita dapati tiga kemungkinan. Pertama, Ia diciptakan oleh yang lain. Kedua, Ia menciptakan diri-Nya sendiri. Ketiga, Ia bersifat azali dan wajibul wujud. Kemungkinan pertama bahawa Ia diciptakan oleh yang lain adalah kemungkinan yang bathil, tidak dapat diterima oleh akal. Kerana, bila benar demikian, tentu Ia bersifat terbatas. Begitu pula dengan kemungkinan kedua, yang menyatakan bahawa Ia menciptakan diri-Nya sendiri. Jika memang demikian bererti Dia sebagai makhluk dan Khaliq pada saat yang bersamaan. Suatu perkara yang jelas-jelas tidak dapat diterima. Oleh kerana itu, Al-Khaliq harus bersifat azali dan wajibul wujud. Dialah Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Sesungguhnya siapa saja yang mempunyai akal akan mampu membuktikan --hanya dengan adanya benda-benda yang dapat diindera-- bahawa di balik benda-benda itu pasti terdapat Pencipta yang telah menciptakannya. Sebab, kenyataan menunjukkan bahawa semua benda itu bersifat serba kurang, sangat lemah, dan saling memerlukan. Ini saja sudah menunjukkan bahawa segala sesuatu yang ada hanyalah makhluk. Jadi untuk membuktikan adanya Al-Khaliq Yang Maha Pengatur, sebenarnya cukup hanya dengan mengarahkan perhatian manusia terhadap benda-benda yang ada di alam semesta, fenomena hidup, dan diri manusia sendiri. Dengan mengamati salah satu planet yang ada di alam semesta, atau dengan merenungi fenomena hidup, atau meneliti salah satu bahagian dari diri manusia, akan kita dapati bukti nyata dan meyakinkan akan adanya(wujudnya) Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Di dalam Al-Quran, kita jumpai ajakan untuk mengarahkan perhatian manusia terhadap benda-benda yang ada, seraya mengajak untuk turut mengamati dan memfokuskan perhatian terhadap benda-benda tersebut serta segala sesuatu yang ada di sekelilingnya, atau yang berhubungan dengannya, dalam rangka pembuktian adanya Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dengan mengamati benda-benda tadi, bagaimana satu dengan yang lainnya saling memerlukan, akan memberikan suatu pemahaman yang meyakinkan dan pasti tentang keberadaan Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Pengatur. Al-Quran telah membeberkan ratusan ayat yang berhubungan dengan perkara ini, antara lain firman-firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
Banyak lagi ayat-ayat yang serupa, yang mengajak manusia untuk memperhatikan benda-benda alam dengan saksama, dan melmperhatikan apa yang ada di sekelilingnya mahupun yang berhubungan dengan keberadaan dirinya. Ajakan itu untuk dijadikan petunjuk akan adanya Pencipta yang Maha Pengatur, sehingga dengan demikian imannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadi iman yang mantap, yang berakar pada akal dan bukti yang nyata.
Memang benar, bahawa iman kepada adanya Pencipta Yang
Maha Pengatur merupakan hal yang fitri pada setiap manusia. Hanya
saja, iman yang fitri ini muncul dari perasaan yang berasal dari hati
nurani. Cara seperti ini bila dibiarkan begitu saja, tanpa dikaitkan
dengan akal, sangatlah berisiko akibatnya serta tidak dapat
dipertahankan lama. Pada kenyataannya, perasaan tersebut sering
menambah-nambah apa yang diimani, dengan sesuatu yang tidak ada
hakikatnya. Bahkan ada yang mengkhayalkannya dengan sifat-sifat
tertentu yang dianggap lumrah terhadap apa yang ia imani. Tanpa sedar,
cara tersebut malah menjerumuskannya ke arah kekufuran dan kesesatan.
Penyembahan berhala, khurafat
(cerita bohong) dan ajaran kebatinan, tidak lain akibat kesalahan
perasaan hati ini. Kerana itulah, Islam tidak membiarkan perasaan hati
sebagai satu-satunya jalan menuju iman. Ini dimaksudkan agar seseorang
tidak menambah-nambah sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sifat yang
bertentangan dengan sifat-sifat ketuhanan; atau memberinya kesempatan
untuk mengkhayalkan penjelmaan-Nya dalam bentuk benda; atau beranggapan
bahawa untuk mendekatkan diri kepada-Nya dapat ditempuh melalui
penyembahan benda-benda, sehingga menjurus ke arah kekufuran, syirik,
khurafat, dan imajinasi yang keliru yang sentiasa ditolak oleh iman yang
lurus. Oleh kerana itu, Islam menegaskan agar selalu menggunakan akal
disamping adanya perasaan hati. Islam mewajibkan atas setiap umatnya
untuk menggunakan akal dalam beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala,
melarang taqlid (menuruti) dalam masalah aqidah. Untuk itu, Islam telah
menjadikan akal sebagai timbangan dalam beriman kepada Allah,
sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta’ala :
Dengan demikian setiap muslim wajib menjadikan imannya betul-betul muncul dari proses berfikir, selalu meneliti dan memperhatikan serta sentiasa bertahkim (merujuk) kepada akalnya secara mutlak dalam beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ajakan untuk memperhatikan alam semesta dengan saksama, dalam rangka mencari sunatullah serta untuk memperoleh petunjuk untuk beriman terhadap Penciptanya, telah disebut ratusan kali oleh Al-Quran dalam berbagai surah yang berbeza. Semuanya ditujukan kepada potensi akal manusia untuk diajak berfikir dan merenung, sehingga imannya betul-betul muncul dari akal dan bukti yang nyata. Disamping untuk memperingatkannya agar tidak mengambil jalan yang telah ditempuh oleh nenek moyangnya, tanpa meneliti dan menguji kembali sejauh mana kebenarannya.
Inilah iman yang diserukan
oleh Islam. Iman seperti ini bukanlah seperti yang dikatakan orang
sebagai imannya orang-orang lemah, melainkan iman yang berlandaskan
pemikiran yang cemerlang dan meyakinkan, yang sentiasa mengamati (alam
sekitarnya), berfikir dan berfikir, kemudian melalui pengamatan dan
perenungannya akan sampai kepada keyakinan tentang adanya Allah Yang
Maha Kuasa.
Oleh sebab itu, wajib atas manusia menggunakan
akalnya dalam mencapai iman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, namun
tidak mungkin ia menjangkau apa yang ada di luar batas kemampuan indera
dan akalnya. Sebab akal manusia terbatas. Kekuatannya terbatas
sekalipun meningkat dan bertambah, hingga batas yang tidak dapat
dilampauinya lagi; terbatas pula jangkauannya. Melihat kenyataan ini,
maka perlu diingat bahawa akal tidak mampu memahami Zat Allah dan
hakikat-Nya. Sebab, Allah Subhanahu wa Ta’ala berada di luar ketiga
unsur pokok alami (alam semesta, manusia, dan hidup) di atas. Sedangkan
akal manusia tidak mampu memahami apa yang ada di luar jangkauannya.
Kenyataannya, ia tidak akan mampu memahami Zat Allah. Perlu ditekankan,
tak perlu kita katakan, "Bagaimana mungkin orang (dapat) beriman
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, sedang akalnya sendiri tidak mampu
memahami Zat Allah ?", kerana pada hakikatnya iman itu adalah percaya
terhadap wujud (keberadaan) Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sementara
wujud-Nya dapat diketahui melalui makhluk-makhluk-Nya, yang meliputi
alam semesta, manusia, dan hidup. Tiga unsur ini berada dalam batas
jangkauan akal manusia. Dengan memahami ketiga perkara itu, orang dapat
memahami adanya Pencipta, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh kerana
itu, iman terhadap adanya Allah dapat dicapai melalui akal dan berada
dalam jangkauan akal.
Lain halnya dengan usaha manusia untuk
memahami hakikat Zat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tergolong dalam
perkara mustahil untuk dicapai. Sebab, Zat Allah berada di luar unsur
alam semesta, manusia, dan hidup. Dengan kata lain berada di luar
jangkauan kemampuan akal. Akal tidak mungkin memahami hakikat apa yang
ada di luar cakupan kemampuannya, kerana perannya amat terbatas. Malah
seharusnya keterbatasannya itu malah menjadi faktor penguat iman, bukan
sebaliknya menjadi penyebab keragu-raguan dan kebimbangan.
Sesungguhnya,
apabila iman kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah dicapai
melalui proses berfikir, maka kesedaran kita terhadap kewujudan Allah
akan menjadi sempurna. Apabila perasaan hati kita (yang timbul dari
wijdan, pent.) mengisyaratkan adanya Allah, kemudian dikaitkan dengan
akal, tentu perasaan tersebut akan mencapai suatu tingkat yang
meyakinkan. Lebih dari itu akan memberikan pemahaman yang sempurna serta
perasaan yang meyakinkan terhadap sifat-sifat ketuhanan. Dengan
sendirinya, cara tersebut akan meyakinkan kita bahawa manusia tidak
sanggup memahami hakikat Zat Allah, bahkan sebaliknya hal ini malah akan
memperkuat iman kita kepada-Nya. Disamping keyakinan seperti ini, kita
juga wajib berserah diri terhadap seluruh perkara yang dikhabarkan
Allah Subhanahu wa Ta’ala tentang berbagai hal yang tidak sanggup
dicerna atau yang tidak dapat dicapai oleh akal. Ini disebabkan kerana
lemahnya akal manusia yang memiliki ukuran-ukuran nisbi, yang serba
terbatas kemampuannya untuk memahami apa yang ada di luar jangkauan
akalnya. Padahal untuk memahami hal seperti ini, diperlukan
ukuran-ukuran yang tidak nisbi dan tidak terbatas, yang malah tidak
dimiliki dan tidak akan pernah dimiliki manusia.
Adapun bukti
keperluan manusia terhadap para Rasul, dapat kita lihat dari kenyataan
bahawa manusia adalah makhluk Allah Subhanahu wa Ta’ala dan bahawa
beragama adalah sesuatu yang fitri pada diri manusia, kerana termasuk
salah satu naluri yang ada pada manusia. Dalam fitrahnya, manusia
sentiasa mensucikan Penciptanya. Aktiviti ini biasa dinamakan ibadah,
yang berfungsi sebagai tali penghubung antara manusia dengan
Penciptanya. Apabila hubungan ini dibiarkan begitu saja tanpa
peraturan, tentu akan menimbulkan kekacauan ibadah, bahkan dapat
menyebabkan terjadinya penyembahan kepada selain Pencipta yang
sebenarnya. Jadi harus ada peraturan tertentu, yang mengatur hubungan
ini dengan suatu peraturan yang benar. Peraturan ini tidak boleh datang
dari manusia. Sebab, manusia tidak mampu memahami hakikat Al-Khaliq
(maksudnya tentang perbuatan, apakah perbuatan itu diterima atau
ditolak, pent.) sehingga dapat meletakkan peraturan antara dirinya
dengan Pencipta. Maka peraturan tersebut harus datang dari Al-Khaliq.
Dan kerana peraturan ini mesti sampai ke tangan manusia, tidak boleh
tidak, perlu ada para Rasul yang menyampaikan agama Allah ini kepada
umat manusia.
Bukti lain akan keperluan manusia terhadap para
Rasul adalah bahawa pemuasan manusia akan tuntutan gharizah (naluri)
serta keperluan-keperluan jasmani, adalah suatu kemestian yang sangat
diperlukan. Pemuasan seperti ini apabila dibiarkan berjalan tanpa
peraturan akan menjurus ke arah pemuasan yang salah dan menyimpang,
yang pada gilirannya akan menyebabkan kesengsaraan umat manusia. Maka
dari itu, harus ada peraturan yang mengatur setiap naluri dan keperluan
jasmani ini. Hanya saja peraturan ini tidak boleh datang dari pihak
manusia. Sebab, pemahaman manusia dalam mengatur naluri dan keperluan
jasmani selalu berpeluang terjadinya perbezaan, perselisihan,
pertentangan, dan terpengaruh lingkungan tempat tinggalnya. Apabila
manusia dibiarkan membuat peraturannya sendiri, pasti peraturan tersebut
memungkinkan terjadinya perbezaan, perselisihan, dan pertentangan,
yang malah akan menjerumuskannya ke dalam kesengsaraan. Oleh kerana itu
peraturan tersebut harus datang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui
para Rasul.
Mengenai bukti bahawa Al-Quran itu datang dari
Allah, dapat dilihat dari kenyataan bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab
berbahasa Arab yang dibawa oleh Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘alaihi
wa sallam. Dalam menentukan dari mana asal Al-Quran, akan kita dapati
tiga kemungkinan. Pertama, kitab itu merupakan karangan orang Arab.
Kedua, karangan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Ketiga, berasal
dari Allah Subhanahu wa Ta’ala saja. Tidak ada lagi kemungkinan selain
dari yang tiga ini. Sebab Al-Quran adalah khas Arab, baik dari segi
bahasa mahupun gayanya.
Kemungkinan pertama yang mengatakan
bahawa Al-Quran adalah karangan orang Arab merupakan kemungkinan yang
tertolak. Dalam hal ini Al-Quran sendiri telah mencabar mereka untuk
membuat karya yang serupa. Sebagaimana tertera dalam ayat :
Orang-orang Arab telah berusaha keras mencubanya, akan tetapi tidak berhasil. Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukan berasal dari perkataan mereka. Mereka tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, oleh kerana ada cabaran dari Al-Quran dan usaha dari mereka untuk menjawab cabaran itu. Kemungkinan kedua yang mengatakan bahawa Al-Quran itu karangan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, adalah kemungkinan yang juga tidak dapat diterima oleh akal. Sebab, Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang Arab juga. Bagaimana bijak-cerdiknya, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya. Selama seluruh bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, maka masuk akal pula apabila Muhammad --yang juga termasuk salah seorang dari bangsa Arab-- tidak mampu menghasilkan karya yang serupa. Oleh kerana itu, jelas bahawa Al-Quran itu bukan karangan Muhammad. Tambah pula, banyaknya hadis sahih yang berasal dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam --yang sebahagian malah diriwayatkan melalui cara yang tawatur, yang kebenarannya tidak diragukan lagi. Apabila setiap hadis dibandingkan dengan ayat manapun dalam Al-Quran, maka tidak akan dijumpai adanya kemiripan dari segi gaya bahasanya. Padahal Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, disamping selalu membacakan setiap ayat-ayat yang diterimanya, dalam waktu yang bersamaan juga mengeluarkan hadis. Namun, ternyata keduanya tetap berbeza dari segi gaya sasteranya. Bagaimanapun kerasnya usaha seseorang untuk menciptakan berbagai macam gaya bahasa dalam pembicaraannya, tetap saja akan terdapat kemiripan antara gaya yang satu dengan yang lain. Kerana semua itu merupakan bahagian dari ciri khasnya dalam berbicara. Oleh kerana memang tidak ada kemiripan antara gaya bahasa Al-Quran dengan gaya bahasa hadis, bererti Al-Quran itu bukan perkataan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebab, pada masing-masing keduanya terdapat perbezaan yang tegas dan jelas. Itulah sebabnya tidak seorang pun dari bangsa Arab --orang-orang yang paling arif gaya dan sastera bahasa arab-- pernah menuduh bahawa Al-Quran itu perkataan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, atau mirip dengan gaya bicaranya. Satu-satunya tuduhan yang mereka lontarkan adalah bahawa Al-Quran itu disadur Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dari seorang pemuda Nasrani yang bernama Jabr. Tuduhan ini pun telah ditolak keras oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya :
ika telah
terbukti bahawa Al-Quran itu bukan karangan bangsa Arab, bukan pula
karangan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sesungguhnya
Al-Quran itu adalah firman Allah, kalamullah, yang menjadi mukjizat bagi
orang yang membawanya.
Dan oleh kerana Nabi Muhammad Sallallahu
‘alaihi wa sallam adalah orang yang membawa Al-Quran --yang merupakan
firman dan syari'at Allah, serta tidak ada yang membawa syariat-Nya
melainkan para Nabi dan Rasul-- maka berdasarkan akal dapat diyakini
secara pasti bahawa Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam itu adalah
seorang Nabi dan Rasul. Inilah dalil aqli tentang iman kepada Allah,
kerasulan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, dan bahawa Al-Quran itu
merupakan firman Allah.
Jadi iman kepada Allah itu dapat
dicapai melalui akal, dan memang harus demikian. Iman kepada Allah akan
menjadi dasar kuat bagi kita untuk beriman terhadap perkara-perkara
ghaib dan segala hal yang dikhabarkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika
kita telah beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memiliki
sifat-sifat ketuhanan itu, maka wajib pula bagi kita untuk beriman
terhadap apa saja yang dikhabarkan oleh-Nya. Baik hal itu dapat
dijangkau oleh akal mahupun tidak, kerana semuanya dikhabarkan oleh
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dari sini kita wajib beriman kepada Hari
Kebangkitan dan Pengumpulan di Padang Mahsyar, Syurga dan Neraka, hisab
serta siksa. Juga beriman akan adanya malaikat, jin, dan syaitan,
serta apa saja yang telah diterangkan Al-Quran dan hadis qath'i. Iman
seperti ini, walaupun diperoleh dengan jalan 'mengutip' (naql) dan
'mendengar' (sama'), tetapi hakikatnya merupakan iman yang aqli juga.
Sebab dasarnya telah dibuktikan oleh akal. Jadi aqidah seorang muslim
itu harus bersandar kepada akal atau pada sesuatu yang telah terbukti
kebenaran dasarnya oleh akal. Seorang muslim wajib meyakini
(menjadikannya sebagai aqidah) segala sesuatu yang telah terbukti
dengan akal atau yang datang dari sumber berita yang yakin dan pasti
(qath'i), iaitu apa saja yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan hadis
qath'i iaitu hadis mutawatir. Apa saja yang tidak terbukti oleh kedua
jalan tadi, iaitu akal serta nas Al-Quran dan hadis mutawatir, haram
baginya untuk mengimaninya (menjadikannya sebagai aqidah). Aqidah tidak
boleh diambil kecuali melalui jalan yang pasti.
Berdasarkan
penjelasan ini, maka kita wajib beriman kepada apa yang ada sebelum
kehidupan dunia, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala; dan kepada kehidupan
setelah dunia, iaitu Hari Akhirat. Bila sudah diketahui bahawa
penciptaan dan perintah-perintah Allah merupakan pokok pangkal adanya
kehidupan dunia, sedangkan perhitungan amal perbuatan manusia atas apa
yang ia kerjakan di dunia merupakan mata rantai dengan kehidupan
setelah dunia, maka kehidupan dunia ini harus dihubungkan dengan apa
yang ada dengan sebelum dan sesudah dunia. Disamping itu, hal ehwal
manusia harus terikat dengan hubungan ini. Oleh kerana itu, manusia
wajib berjalan dalam kehidupan ini sesuai dengan peraturan Allah dan
wajib meyakini bahawa ia akan di-hisab di hari Kiamat nanti atas segala
perbuatan yang dilakukannya di dunia.
Dengan demikian
terbentuklah al-fikru al-mustanir tentang apa yang ada di balik alam
semesta, fenomena hidup, dan manusia. Telah terbentuk pula al-fikru
al-mustanir tentang apa yang ada dengan sebelum dan sesudah kehidupan
dunia. Dan bahawasannya kehidupan tersebut memiliki hubungan antara apa
yang ada dengan sebelum dan sesudahnya. Berdasarkan hal ini terurailah
al-uqdatu al-kubra secara sempurna dengan aqidah Islamiyah.
Apabila
manusia berhasil memecahkan perkara ini, maka ia dapat beralih
memikirkan kehidupan dunia serta mewujudkan mafahim yang benar dan
produktif tentang kehidupan ini. Pemecahan inilah yang menjadi dasar
bagi berdirinya suatu mabda (ideologi) yang dijadikan sebagai jalan
menuju kebangkitan. Pemecahan itu pula yang menjadi dasar bagi
berdirinya hadharah iaitu suatu peradaban yang bertitik tolak dari
mabda tadi. Disamping menjadi dasar yang melahirkan
peraturan-peraturan, dan sebagai dasar berdirinya Negara Islam. Dengan
demikian, dasar bagi berdirinya Islam --baik secara fikrah (idea dasar)
mahupun thariqah (metod pelaksanaan bagi fikrah)-- adalah aqidah Islam.
Apabila semua ini telah terbukti, sedangkan iman kepada-Nya
adalah suatu kemestian, tentulah wajib bagi setiap muslim untuk beriman
kepada syariat Islam secara keseluruhan. Kerana seluruh syariat ini
telah tercantum dalam Al-Quran dan dibawa oleh Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wa sallam. Apabila tidak beriman, tentu ia kafir. Oleh kerana
itu penolakan seseorang terhadap hukum-hukum syara' secara keseluruhan,
atau hukum-hukum qath'i secara rinci, dapat menyebabkan kekafiran,
baik hukum-hukum itu berkaitan dengan ibadat, muamalah, ‘uqubat
(sanksi), ataupun math'umat (yang berkaitan dengan makanan/minuman).
Jadi kufur terhadap ayat :
"Dirikanlah solat", sama saja kufur terhadap ayat :
Perlu
diketahui bahawa iman terhadap syar'iat Islam tidak cukup dilandaskan
pada akal semata, tetapi harus disertai sikap penyerahan total dan
penerimaan secara mutlak terhadap segala yang datang dari sisi-Nya,
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
Nota:
1) Hidup adalah fenomena yang terdapat dalam makhluk hidup, seperti tumbuh, berkembang, bereproduksi, bernafas, bergerak, dsb.
2) Mafahim jamak dari mahfum adalah idea-idea yang dibenarkan dan diyakini oleh manusia setelah menjangkau dan memahami fakta-faktanya (pent.)
3) Dalam bahasa Arab uqdah ertinya simpul dan kubra ertinya paling besar. Yang dimaksud uqdatul qubra di sini adalah pemikiran tentang asal usul manusia, alam semesta dan hidup yang menjadi masalah terbesar dan mendasar yang harus dipecahkan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar